Tip Mudah Tanggalkan Gam Pelekat Cukai Jalan Yang Lekat Dekat Cermin Kereta

Susah nak tanggalkan kesan gam pelekat cukai jalan di cermin depan kereta?
Cara ini khas untuk mereka yang jenis tampalkan terus pelekat LKM ke cermin kereta. Sepatutnya lapikkan dulu.

Apapun, jangan risau, cara paling mudah yang anda boleh buat adalah:

Basahkan surat khabar lama dengan air suam dan tekapkan di belakang atau depan pelekat LKM tersebut.
Tunggu hingga 10 minit (atau lebih lama) sampai pelekat LKM itu mudah ditanggalkan.
Air suam mampu menjadi agen mencairkan gam. Apa pula fungsi surat khabar? Sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan gam, cuma kertas surat khabar lebih mudah melekap pada cermin kereta berbanding kertas lain.

Boleh juga guna penyembur WD40. Tapi masih perlu disental kuat untuk tanggalkan gam. Jangan pula lupa bilas dengan air.

BACA >>> Puspakom Kini Sudah Boleh Perbaharui Cukai Jalan!



TIP EKSTRA
Cara sama juga boleh dilakukan pada sebarang cermin selain kereta, misalnya menanggalkan pelekat atau sisa gam daripada papan kenyataan, papan putih, tingkap dan lain-lain.

Tip ini juga boleh digunakan untuk menanggalkan setem daripada sampul surat, khas buat mereka yang ada hobi mengumpul setem atau tersalah menampal setem.

Apa yang perlu dilakukan adalah guntingkan bahagian sekeliling setem dan rendamkan dalam air suam selama 10 minit. Selepas itu, setem akan mudah ditanggalkan tanpa meninggalkan kesan carikan sampul.

Namun, pastikan tidak direndam terlalu lama kerana boleh merosakkan kualiti setem.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Tampal Cukai Jalan yang Betul, dan Mudah Tanggal Tanpa Kesan Gam