Bagaimanakah Mengesan Tanda-Tanda Pam Air Kereta Rosak?

PAM AIR (water pump) ialah kunci utama dalam sistem pendinginan enjin kereta. Sebarang kegagalan yang berlaku mampu menyebabkan kerosakan teruk ke atas enjin kereta anda. Bagaimanapun, kerosakan boleh dihalang dengan mengetahui sebarang petanda yang perlu diambil berat. Apakah tanda yang menunjukkan pam air kereta anda sedang atau sudah rosak?

Kenapa Sistem Pendinginan Penting untuk Ketahanan Enjin?
Sistem pendinginan bertanggungjawab mengitarkan pendingin (coolant) dari radiator ke seluruh enjin, dan akan menyerap kepanasan daripada enjin sebelum mengitar kembali ke radiator sebelum disejukkan semula.

BACA >>> #TahukahAnda: Tidak Perlu Gelabah Kereta Rosak, Insurans Memang Sediakan Servis Tunda Kenderaan
BACA >>> Perlu Tak Saya Panaskan Enjin Kereta Setiap Pagi?

Kereta Rosak Baru Perasan Pam Air Ada Masalah?


Pam air yang beroperasi dengan tali pacu (drive belt) memainkan peranan penting dalam sistem pendinginan. Apabila tali pacu dihidupkan, pam air turut berfungsi dengan mengitarkan coolant ke seluruh sistem pendinginan kereta. Pam air tipikal boleh berakhir pada bila-bila masa apabila jarak perbatuan mencecah 140,000km-190,000km. Bagaimanapun, ada beberapa faktor berbeza yang memaksa alat ganti tersebut diganti lebih awal.

Apa yang penting ialah mengenal pasti tanda-tanda amaran kegagalan pam air supaya dapat bertindak cepat untuk melindungi enjin daripada kerosakan lebih besar. Terdapat banyak kes, pemandu sudah terlambat dan hanya tahu pam kereta sudah tidak berfungsi apabila kerosakan besar sudah terjadi.


Kerosakan boleh dielakkan dengan mengetahui perkara dan simptom yang perlu diperiksa, iaitu sebarang tanda yang memberi isyarat pam air kereta anda akan rosak. Simptom paling biasa ialah bacaan tinggi suhu enjin yang mana tolok suhu melepasi takat julat normal. Antara tanda lain ialah memeriksa teras coolant di sebalik bonet.

Kebocoran coolant ialah petanda jelas bahawa pam air akan atau sudah rosak. Jangan sesekali fikirkan mahu menangguh masa hingga lampu amaran suhu tinggi menyala. Lebih teruk jika anda bersikap menunggu atau abaikan lampu amaran itu. Jika berlaku bersiap sedialah membelanjakan wang yang banyak mencecah ribuan ringgit sebagai kos membaik pulih, termasuk merelakan kereta tersadai lama di bengkel.

Jadi, Apakah Sebenarnya Penyebab Utama Kerosakan Pam Air?
Kami senaraikan di bawah ini punca dan simptom tersebut serta apakah tindakan susulan yang patut dilakukan segera.

1. KARAT DAN KAKISAN

Ditemui atas pam air yang rosak. Sirip pendesak (impeller) pam berhenti berfungsi dan pam tidak lagi mampu menggerakkan pendingin dalam enjin. Karat dan kakisan boleh jadi berpunca akibat pendingin tercemar atau berkualiti rendah, termasuk penutup tekanan (pressure cap) rosak yang menyebabkan air berbuih. Sebelum menggantikan pam air, seluruh sistem pendinginan mesti dikosongkan (flush) dan penutup tekanan digantikan baharu mengikut alat ganti seperti disarankan pengeluar kereta.

2. MENDAPAN TERBINA

Juga berpunca daripada pendingin tercemar dan berkualiti rendah. Kesannya, berlaku pembentukan enapan, kerak dan mendapan lain di dalam pam air yang mengganggu ia berfungsi dengan baik. Jika berlaku, sistem pendinginan perlu dikosongkan dan diisi semula dengan pendingin berkualiti tinggi sebelum pam air boleh digantikan.

3. PERONGGAAN (CAVITATION)

Rongga wap, atau buih dalam coolant boleh menyebabkan tekanan dalam pam dan merosakkan komponen pam. Penyelesaian terbaik masalah ini adalah mengosongkan sistem pendinginan dan isi semula dengan coolant baru sebelum pam air digantikan baharu.

4. KEBOCORAN PERMUKAAN MOUNTING

Rembesan, sejatan dan kekeringan menandakan kebocoran daripada permukaan mounting pam. Masalah ini biasanya disebabkan pemasangan yang tidak betul atau salah pasang gasket, bahan kedap (sealant) dan alat ganti lain. Anda boleh perbaiki masalah ini dengan memeriksa pam air dan membetulkannya semula. Jika ada banyak kebocoran, pam perlu diganti baharu. Anda juga perlu menukar gasket dan pengedap untuk menghalang masalah rembesan, sejatan dan kekeringan.

5. LUBANG LELEH BOCOR

Kebocoran lubang leleh ialah normal selepas pam baru dipasang. Tetapi, ia sepatutnya tidak berterusan selepas lebih 10 minit. Jika berlaku, sistem pendinginan mungkin mengandungi coolant tercemar dan berkualiti rendah. Anda mesti segera mengosongkan sistem pendinginan dan mengisi semula dengan coolant baharu sebelum menggantikan pam.

6. BERING ROSAK
Kerosakan bering boleh melarat kepada tali pemacu. Gantikan sistem tali pemacu baharu sebelum menukar pam air.

7. SYAF PATAH ATAU ROSAK

Bahagian ini rosak atau patah disebabkan ada banyak tekanan pada tali pemacu. Ini menyebabkan desakan melampau hingga syaf rosak atau patah. Anda sepatutnya memeriksa sistem tali sawat dan menggantikan puli (pulley), penegang (tensioner) dan tali sawat itu sendiri sebelum menukar pam air.

BACA >>> Robot Hyundai DAL-e Ini Boleh Layan Pengunjung yang Datang Bilik Pameran Kereta
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Nozel Pam Minyak Boleh Berhenti Sendiri?

Kegagalan pam air boleh menyebabkan kerosakan besar ke atas enjin kereta anda. Kini dengan mengetahui tanda-tanda yang disebutkan di atas, anda boleh menghalang sebarang kerosakan susulan atau lebih besar berlaku. Bertindak segera!
SUMBER: Gates Techzone