Cara Tukar Minyak Pelincir Tulen, Supaya Tidak Kena Tipu.

3 Cara Pilih Minyak Pelincir Tulen yang Perlu Anda Tahu
#TahukahAnda: 3 Cara Pilih Minyak Pelincir Tulen yang Perlu Anda Tahu

Tukar minyak pelincir atau minyak enjin tulen sangat penting dalam menjamin prestasi optimum selain memanjangkan jangka hayat enjin kenderaan. Kebelakangan ini, terdapat, banyak kes minyak enjin tiruan dan yang diimport dari sumber yang diragukan di pasaran.

Tetapi, bagaimanakah cara memilih dan mengenal pasti ketulenan sesuatu jenama minyak enjin itu?

Pernahkah anda tertanya adakah minyak enjin yang dibeli itu benar-benar tulen? Berikut ialah 4 cara pilih minyak pelincir tulen:

1. Tukar Minyak Hitam di Bengkel Wakil Jenama
Ini adalah cara paling mudah memilih minyak pelincir atau minyak enjin tulen, iaitu tukar minyak pelincir di bengkel wakil Jenama tersebut.
Jikalau jenama pilihan ialah minyak pelincir Total Quartz, maka anda akan nampak jenama pelincir di bengkel tersebut.

Bengkel kereta wakil minyak pelincir Total Quartz

Tukar Minyak Pelincir >>> Nak tukar minyak pelincir boleh click di sini tayar2u.my.

2. KETAHUI HARGA RUNCIT
Bak kata pepatah, * takut titik lalu tumpah. Bukan semua barang yang murah itu bagus, lebih-lebih lagi minyak enjin. Kereta ialah pelaburan cukup besar bagi rakyat Malaysia. Jadi, jangan ambil risko dan tukar minyak pelincir yang murah daripada sumber yang tidak sah kerana berisiko merosakkan enjin dan membahayakan kenderaan anda!

Tidak mungkin minyak Total Quartz tulen dan sah akan dijual pada harga terlalu rendah, lebih-lebih lagi di hipermarket dan peruncit persendirian atas laman web.

* Takut rugi sedikit, langsung rugi banyak

3. Jangan Tukar Minyak Pelincir yang Tidak Berjenama dan Minyak Pelincir Palsu
Tujuan menyatakan bukan untuk memburuk-burukkan jenama yang tidak popular, tetapi ada banyak minyak pelincir adalah tidak bermutu.

Tukar minyak pelincir yang tidak bermutu, boleh mengakibatkan overhaul atau merosakkan enjin kereta anda.



Kenapa enjin boleh jadi seperti gambar di atas?
Ini kerana minyak pelincir yang dipakai tidak bermutu atau palsu tidak boleh menahan suhu yang tinggi, dan menjadi semakin pekat.
Akibat daripada itu, kereta yang dipandu oleh pemandu akan menjadi semakin pelahan lalu sampai tidak boleh pandu lagi.

Enjin kena overhaul supaya pretasi enjin kembali seperti dulu. Nak murah jadi mahal pula. Sebab kos overhaul adalah sangat tinggi ia boleh menjejak sehingga RM 1000 ++.