BATERI kereta mati? Tiada jumper? Badan pula kurang vitamin untuk tolak kereta? Jangan bimbang, anda belum lagi cukup malang. Apa yang diperlukan ialah tali dan jek kereta di belakang but!
Anda mungkin tahu serba serbi tentang kereta, tetapi anda belum tentu tahu apa yang ditunjukkan lelaki bernama Denny dalam video di bawah ini - menghidupkan kereta menggunakan jek dan tali. Ya, jek dan tali!
Kereta diletakkan dalam gear satu dan kunci dalam posisi 'run', sebelah tayar depan Denny dijek dan tali dililit mengelilinginya. Dia kemudian menarik tali yang melilit tayar keretanya ke hadapan. Aksi yang dilakukan tidak ubah seperti menghidupkan enjin mesin rumput atau bot tambang. Hasilnya, kereta dapat dihidupkan.
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar Cepat!
PENJELASAN MEKANIKAL
Dari segi mekanikal, apa yang dilakukan Denny ialah tentang simulasi kereta sedang ditolak. Dengan roda pacuan berpusing dalam gear, piston mula bergerak yang menghasilkan cukup mampatan untuk enjin membakar. Apabila kereta mula hidup, alternator boleh mula mengecas semula bateri.
Bagaimanapun, seperti dijelaskan Denny, trik berkenaan cuma berhasil pada kereta manual saja, dan enjin kecil lebih bagus. Ini mungkin mampatan lebih mudah dihasilkan daripada enjin bersesaran kecil. Kereta pula mesti diferensial terbuka bagi memastikan kuasa enjin dihantar kepada roda kurang rintangan ketika satu daripada roda itu sudah dijek. Kereta pula sepatutnya boleh digerakkan ke depan, atau trik itu berkemungkinan besar tidak menjadi.
BACA >>> #TahukahAnda: Tidak Perlu Gelabah Kereta Rosak, Insurans Memang Sediakan Servis Tunda Kenderaan
Apapun, harap pembaca semua tidaklah sampai kepada tahap terdesak begini. Minta saja bantuan orang ramai atau rakan terdekat jika kereta perlu ditolak. Ataupun, telefon saja pihak insurans dan minta mereka hantarkan bateri baharu. Tahu ke tak tahu tu?