Overhaul terdiri daripada Full Overhaul dan Top Overhaul.
Full Overhaul dan Top Overhaul masa yang diambil adalah tidak sama.
Full Overhaul mengambil masa 3 ~ 4 hari dan top overhaul mengambil masa 1 ~ 2 hari sahaja.
Full Overhaul harga dalam anggaran RM 1k+++ keatas (Berdasarkan Kereta Proton) , Top Overhaul adalah sangat murah kos dalam lingkungan RM 800~ 1k (Berdasarkan Kereta Proton), mengikut kereta masing-masing.
Kos overhaul nya adalah berdasarkan alat ganti kereta dan kesukaran untuk kerja overhaul.
Apa itu Top Overhaul?
Top overhaul bermaksud half overhaul buka engine separuh sahaja yaitu buka cilinder head sahaja, so perkara2 yang sepatutnya dilakukan untuk top overhaul biasanya grand valve dan tukar valve seal dan gasket head.so kenapa top overhaul kadang kadang ada yang gagal.sebab nya gagal piston ring pun sebenarnya kene buka bila buat top overhaul engine kerana bila engine dah makan minyak hitam maka piston ring mengalami kehausan juga.so disini satu sebab kegagalan top overhaul.
Apa itu Full Overhaul?
Full overhaul bermaksud engine akan dibuka keluar dari kereta dan juga engine akan di barai habis,bila buat Full overhaul maka bnyak part engine akan ditukar seperting main bearing,con rod bearing,piston ring dan bnyak lagi, kos pun lebih tinggi dari pada top overhaul.so nak tahu engine kene top overhaul atau pun overhaul kena check engine dulu.
Dan Apa pula Restore Engine?
Restore engine adalah buat balik engine sepenuhnya seperti baru keluar kilang, dengan menganti semua screw, braker, dan lain-lain. Ini adalah terbaik tercantik dan kos keseluruhan kerja restore adalah sangat mahal. Anggarkan untuk kategori Proton Wira, Iswara dan Saga, kos restore adalah dalam lingkungan 5k. Maknanya kalau nak buat kerja restore bajet minimum kene ade 5k. Kerja restore adalah sesuai untuk kereta classic atau pun jika anda mempunyai satu kereta yang anda sayang minat atau penuh dengan sejarah yang ingin disimpan untuk jangka masa panjang, jika ada niat nak jual pada pandangan saya tak perlu buat restore pada kereta tersebut. Kerananya tidak berbaloi sebab kos yang tinggi.
Kenapa Kita Perlu Full Overhaul atau Top Overhaul?
Ada mekanik mencadangkan overhaul dilakukan sekiranya usia kereta sudah mencapai perbatuan 150,000km. Namun, itu cuma saranan dan bukan kewajipan, terpulang kepada pemilik sama ada mahu overhaul atau tidak. Lagipun, bagi kereta yang disenggaran baik dan tidak menunjukkan sebarang masalah, enjin memang mampu bertahan lama dan memang tiada sebab kenapa overhaul perlu dibuat.
Apakah tanda-tanda yang menunjukkan kereta anda perlu di-overhaul-kan?
1. EKZOS KELUAR ASAP PUTIH
2. ENJIN MERAGAM SEBAB PALAM PENCUCUH BERKERAK
Salah satu punca masalah enjin itu disebabkan palam pencucuh yang tidak mampu bekerja optimum hingga menjejaskan prestasi percikan api. Sebabnya, terdapat kerak melekat kerana dicemari minyak enjin yang bocor dan terpercik hingga ke palam pencucuh.
3. MINYAK HITAM KURANG
4. SUHU ENJIN SERING PANAS
Akhirnya suhu enjin jadi panas hingga menyebabkan berlaku situasi panas lampau.