Buat Laporan Polis
Tunda ke bengkel kereta
Pihak insurans akan panggil adjuster untuk angkat gambar dan alat ganti yang perlu ditukar.
Bengkel akan memberikan kos baiki dan alat ganti yang perlu ditukar oleh kereta tersebut
Kalau didapati kos pelindungan kereta anda adalah Kurang daripada kos yang dikehendaki untuk baiki kereta tersebut. Kereta anda akan "Total Loss".
Kalau hutang dengan bank, pihak insurans akan memberikan anda satu surat. Surat tersebut adalah untuk memberitahu pihak bank bahawa kereta anda "Total Loss".
Jika hutang kereta anda adalah RM 80,000, dan perlindungan insurans kereta anda adalah RM 70,000 anda perlu bayar baki.
Baki (RM 10,000) tersebut boleh dibayar secara bulanan mengikut ansuran bulanan bank seperti yang anda bayar sebelum ini.
Pihak insurans akan bayar RM 70,000 kepada pihak bank.
Anda perlu sediakan dokument tersebut:=
Geran kereta
kunci kereta x 2 (1 spare key)
Photocopy NRIC dan License Memandu