Periksa Kereta Anda, Jika kemalangan tidak teruk. Anda boleh bincang dengan pemandu tersebut.
Kerana ia menjimatkan masa, dan wang.
Anda boleh kira NCD anda baloi tak untuk membuat tuntutan insurans.
Hanya yang salah sahaja NCD-nya dipotong sampai 0%
Jika anda mahu buat tuntutan insurans, langkah-langkahnya adalah:=
Tunda ke bengkel kereta
Buat Laporan Polis
Polis yang kendali kes ini akan menyiasat siapa yang salah.
Kalau didapati salah, maka NCD (No Claim Discount) pihak yang salah dalam kemalangan tersebut NCD-nya akan ditolak.
Apa itu NCD (No Claim Discount)?
Kalau kereta anda tiada tuntutan insurans kereta anda akan
Tahun Pertama | 0% |
Tahun Kedua | 25% |
Tahun Ketiga | 30% |
Tahun Keempat | 38.33% |
Tahun Kelima | 45% |
Tahun Keenam | 55% |
Dokument hendaklah lengkap:=
Dokument yang diperlukan adalah seperti:=
1. Photocopy NRIC
2. Photocopy License Memandu
3. Cover Note
4. Laporan Polis
Laporan polis haruslah lengkap. (Full Report)
Full report adalah laporan polis yang lengkap dengan gambar yang diambil oleh polis.
Pihak insurans akan panggil adjuster untuk angkat gambar dan alat ganti yang perlu ditukar.
Bengkel akan memberikan kos baiki dan alat ganti yang perlu ditukar oleh kereta tersebut
Kalau didapati kos pelindungan kereta anda adalah Kurang daripada kos yang dikehendaki untuk baiki kereta tersebut. Kereta anda akan "Total Loss".
Kalau kos baiki adalah mencukupi, kereta akan bermula process baiki.
Kereta anda yang siap baiki dalam berapa minggu dan bulan. Anda haruslah periksa kereta anda yang telah dibaiki sebelum menangai borang tuntutan insurans.
Jikalau ada masalah selepas angkat kereta anda boleh juga menghubungi bengkel tersebut
NCD anda boleh dipindah ke kereta yang tiada NCD.
Kesimpulannya, jika berlaku kemalangan yang melibatkan pemandu lain, janganlah gaduh, kerana sudah banyak kes kemalangan jalanraya yang kecil melibatkan pengaduhan dan lebih teruk lagi melibatkan nyawa terkorban . Biar polis yang tentukan siapa yang salah.