Kebaikan dan Keburukan Beli Kereta Baru dan Kereta Terpakai.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BELI KERETA BARU

KEBAIKAN

1. KURANG MASALAH KEROSAKAN.
Mengikut statistic kereta baru adalah 99% kurang rosak di tepi jalan berbanding kereta terpakai.
Ini kerana 100% daripada alat ganti kereta baru dalam keadaan yang baik berbanding dengan kereta terpakai.

2. ADA JAMINAN DARI KILANG.
Jaminan adalah sangat penting jika gearbox atau engine rosak kilang akan gantikan yang baru tanpa mengenakan wang.

3. RASA TENANG DAN AMAN.
Anda rasa tenang dan aman jika pakai kereta baru, kereta baru boleh memberikan kami keyakinan, rasa tenang dan aman kerana kereta baru tidak mudah rosak.

KEBURUKAN BELI KERETA BARU

1. KERUGIAN YANG KETARA
Apabila kami membelikan sebuah kereta baru, sertah-merta kereta tersebut akan jatuh harga sebanyak 10% atau lebih.

Contoh:- jika kami beli sebuah kereta baru Perodua Alza EZ harganya adalah RM 55,000. Setelah pakai selama 2 tahun harganya akan jatuh ke harga dalam lingkungan RM 38,000.
Harga kerugian adalah dalam lingkungan 30% hingga 40%.

Itu harga Perodua, jika kereta berjenama Hyundai, Kia, Opel, kerugian adalah lebih daripada 50%.

Senarai ini adalah Senarai Jenama Kereta Baru yang kurang jatuh harga berbandingkan dengan kereta jenama lain

1. Perodua
2. Toyota
3. Honda
4. Proton
5. Nissan

KURANG HARGA KURANG JATUH ADALAH KERANA KERETA TERPAKAI TERSEBUT PEMINTAAN TINGGI

Senarai ini adalah Jenama Kereta Baru yang jatuh harga ketara berbanding dengan kereta jenama lain

1. Hyundai
2. Kia
3. Opel
4. Peugeot
5. Volvo

KURANG HARGA JATUH KETARA ADALAH KERANA KERETA TERPAKAI TERSEBUT PEMINTAAN RENDAH

KEBAIKAN BELI KERETA TERPAKAI

1. HARGA MURAH SENANG JUAL BALIK DENGAN KERUGIAN YANG MINIMUM
Harga kerugian untuk kereta terpakai adalah dalam lingkungan 5~10% tiap-tiap tahun.

Jika anda beli kereta Perodua Alza EZ 2018 terpakai dengan harga RM 38,000 anda pakai 1 tahun masih boleh jual dalam harga RM 34,000 hinga RM 36,000.
2. ADA DUIT SIMPAN TIAP-TIAP BULAN
Anda tidak perlu risau tiap-tiap bulan kena bayar balik hutang bank.

KEBURUKAN BELI KERETA TERPAKAI

1. RISIKO BELI KERETA YANG PERNAH MENGALAMI KEMALANGAN.
Kereta terpakai mungkin pernah mengalami kemalangan yang teruk. Jika kereta terpakai tersebut pernah mengalami kemalangan yang teruk kereta tersebut mungkin akan tidak seimbang dan apabila anda ingin menjual kereta tersebut anda akan menghadapi:- Kedai jual kereta terpakai tidak mahu mengambil kereta anda.
Kedai jual kereta terpakai mengambil kereta anda dengan harga yang sangat rendah dari harga pasaran.
Pembeli kereta terpakai tidak mahu mengambil kereta anda.
Pembeli kereta terpakai mengambil kereta anda dengan harga yang sangat rendah dari harga pasaran.

2. RISIKO BELI KERETA YANG ROSAK.
Membeli kereta yang bermasalah akan membebankan dan menghabiskan masa dan wang yang banyak. Jika anda nak beli kereta terpakai anda haruslah memandu kereta tersebut (Test Drive) untuk rasa gearbox kereta tersebut. Jika penukaran gear dari tinggi ke gear rendah ada bunyi jangan beli kecuali anda ada wang tambahan untuk baiki gearbox rosak.
Anda juga perlu hidu bau untuk memastikan kereta tersebut bukan kereta banjir.
Anda boleh upah foreman untuk menolongkan anda buat pemeriksaan kereta tersebut jika anda tidak pakar dalam kereta.