Sering kali kami turunkan cermin pintu dengan senang dan cepat. Tetapi kadang-kadang cermin pintu enggan nak naik dan turun.
Masalah enggan turun dan naik kalau untuk masa 10min itu adalah punca switch auto potong current ke motor pintu cermin kerana terlalu panas.
Pintu Kereta biasa tak boleh naik ada berapa masalah seperti:-
Switch Pintu Rosak
Masalah Wiring
Masalah Regulator
Masalah Motor
Masalah Bracket Cermin Pintu Tercabut.
Macam mana anda boleh tahu apa sebab cermin kereta tak boleh naik?
Kami boleh dengar bunyi untuk mengetahui apa punca sebab pintu cermin tak boleh naik atau turun.
Bracket Cermin Pintu Tercabut
Kalau ada bunyi motor dan bunyi regulator maknanya wiring tiada masalah, switch cermin pintu dan motor, dan regulator. Ini masalah mungkin dari Bracket cermin kereta tercabut.
Masalah Regulator
Kalau ada bunyi motor dan tiada bunyi regulator maknanya wiring tiada masalah, switch cermin pintu dan motor. Ini masalah mungkin dari regulator cermin.
Kalau tiada ada bunyi motor pula maknanya wiring masalah, switch cermin pintu dan motor antara satu ada masalah.
Untuk memastikan masalah tersebut anda boleh gunakan test wiring untuk mengatahui electrik ada ke tidak.
Kalau lampu nyala apabila kami tekan switch maknanya motor rosak.
Kalau lampu tak nyala apabila kami tekan switch maknanya wiring atau switch rosak.
Cabut switch test lagi sekali, kalau lampu nyala selepas buka switch maknanya switch rosak.
Kalau lampu tak nyala selepas cabut socket switch maksudnya wiring sudah rosak.