Mengenal Pasti Bateri Kong atau Autorator Rosak?

Anda masuk kedalam kereta bersama kawan atau keluarga, bersiap untuk berkendara di jalan raya dan memutar kunci kereta. Anda telah bersedia berada di dalam kereta untuk berjalan-jalan bersama kawan atau keluarga dan mula start kereta. Tetapi kereta tak boleh start dan anda pun panik dan cuba memutar kunci berkali-kali. Reaksi panik adalah paling biasa bagi pemandu kereta. Tetapi, anda boleh mengetahui jika masalah ini disebabkan oleh bateri kereta kong ataupun kerana masalah pada alternator.


Dua hal ini adalah hal yang paling biasa yang menyebabkan kereta tak boleh start atau berhenti secara tiba-tiba.

MENGETAHUI PUNCA MASALAH

Anda mesti tahu apakah yang menyebabkan kerosakan pada kereta sebelum mengetahui langkah seterusnya. Anda perlu tahu terdapat tiga langkah sebelum kereta boleh dihidupkan. Pertama, bateri akan menghantarkan kuasa kepada starter. Apabila enjin dihidupkan, maka alternator akan terus berfungsi untuk menjana kuasa elektrik.

BATERI KERETA KONG: TANDA-TANDA MASALAH PADA BATERI KERETA Anda boleh memeriksa jika bateri kereta kong atau tidak. Anda cuba menggunakan wiper, lampu atau tingkap auto kereta anda.

Mula-mula, anda boleh memeriksa jika simbol amaran menyala pada “dashboard” kenderaan. Kereta-kereta jenis baru akan mempunyai simbol-simbol amaran pada meter kenderaan. Jika lampu meter pada kenderaan malap, ini adalah tanda bateri kereta lemah ataupun bateri kereta kong.

Setelah mencuba semua di atas, anda boleh start kenderaan anda semula. Jika kereta tak boleh start juga, cuba jumpstart kereta anda. Bila enjin kereta akhirnya hidup, matikan kembali kereta anda.

BATERI KERETA KONG: CUBA “RESTART” KERETA ANDA
Jika kereta anda tidak boleh direstart, ini menandakan alternator masih berfungsi untuk menjana kuasa pada bateri kereta supaya enjin boleh terus dihidupkan. Tetapi, bateri kereta tidak boleh dicas ketika alternator terhenti.

Jangka hayat bateri yang telah tamat atau bateri kereta kong boleh membuat perjalanan anda tidak selesa. Bateri kereta tak dicas jika jangka hayat bateri semakin pendek, ini kerana komponen didalamnya berkarat dan merosakkan fungsinya. Tidak kira berapa banyak kuasa yang dialirkan oleh alternator, bateri kereta masih tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk menghidupkan kereta.

Bateri yang dijaga dengan sempurna akan mempunyai ketahanan selama satu hingga dua tahun. Anda boleh membaca cara penjagaan bateri kereta untuk tahan lama.

MEMERIKSA ALTERNATOR
Berikut adalah langkah-langkah untuk melihat apakah alternator anda berfungsi dengan baik:

Ketika kereta berjalan, adakah lampu pada papan pemuka menjadi malap dari biasanya? Jika ya, alternator mungkin bermasalah.
Adakah anda mendengar bunyi yang tidak biasa didengari dalam bahagian enjin? Hal ini boleh terjadi sekiranya alternator gagal berfungsi.
Adakah lampu depan kereta anda lebih terang ketika anda memecut dan menjadi malap ketika anda berhenti? Ini menunjukkan alternator anda tidak mengecas bateri kereta dengan baik.
Adakah anda menghidu bau getah terbakar ataupun wayar yang terlalu panas? Ini boleh menjadi pertanda bahawa alternator anda terlalu panas dan harus segera diganti.

HARUSKAH ANDA MENGGANTI ALTERNATOR?
Kerosakan pada alternator yang tidak serius biasanya masih boleh diselamatkan jika anda memeriksanya di bengkel kereta. Mekanik yang mahir akan mampu menukar komponen tertentu yang rosak.

Jika kerosakan pada alternator terlalu serius, sebaiknya anda mengganti alternator anda. Jangan lupa bahawa alternator kereta anda bukanlah satu-satunya masalah yang dapat menyebabkan kereta tak boleh start. Jangka hayat bateri yang tidak lama lagi atau bateri kereta kong juga boleh menyumbang kepada masalah yang sama.