Baru-baru ini (2 Nov 2020) saya telah buat pemeriksaan puspakom B5 untuk kereta saya. Saya telah buat booking 2 hari sebelum pergi ke sana. Masa temu janji kereta saya dengan puspakom adalah 11 pagi. Untuk nak booking anda boleh pergi ke counter untuk buat booking.
Masa tiba di Puspakom Batu Caves 10.40 pagi. Saya pergi ke counter puspakom untuk membuat pengesahan.
Selepas pengesahan dan dapat nombor dan borang.
Lepas itu, saya beraturkan kereta saya untuk tunggu turutan saya membuat pemeriksaan Puspakom.
Beratur 20 min
Process pemeriksaan mengunakan agaran 25 min.
Tunggu keputusan puspakom mengambil masa 30 min.
Saya keluar Puspakom pada jam 12.20 tengah hari. Jumlah masa yang diambil lebih kurang 80 min, 80 min sudah kira cepat berbanding dengan dulu ambil masa kira-kira setengah hari sampai satu hari untuk membuat pemeriksaan Puspakom.
Saya difahamkan booking sempena Hari Raya dan Tahun Baru Cina adalah agar jauh. Kalau booking pada masa itu beratur pun jauh. Ini mungkin angkat masa sehinggalah 3 jam.