TANDA-TANDA ALTERNATOR KERETA AKAN ROSAK
Apakah fungsi alternator?
Walaupun alternator cumalah satu komponen ringkas yang hanya mempunyai beberapa bahagia, ia sebenarnya memainkan peranan yang paling kritikal dalam operasi kenderaan. Ia menjana tenaga elektrik untuk kereta hasil dari gerakan ataupun putaran komponen enjin kereta.
Wayar-wayar di dalam alternator akan bergerak menerusi medan magnetik seterusnya menarik arus elektrik. Arus elektrik inilah yang akan digunakan untuk menghidupkan semua aksesori kereta anda, baik untuk lampu utama, lampu brek, penghawa dingin dan macam-macam lagi. Alternator juga memastikan BATERI KERETA dicas secukupnya untuk membantu menghidupkan kereta.
Disebabkan alternator berhubung secara langsung dengan sistem kenderaan, sebarang masalah mekanikal akan menjejaskan fungsinya. Bila ia tidak berfungsi seperti sepatutnya, anda akan mengalami masalah sewaktu ujian diagnostik kereta anda dilakukan.
Disini kami akan kongsikan 5 tanda bagi membantu anda mengesan jika terdapat sebarang masalah pada alternator kereta anda
1) PENUNJUK LAMPU AMARAN MENYALA
2) LAMPU UTAMA YANG MALAP
3) VISUAL, BUNYI DAN BAU
4) BATERI MATI @ ‘KONG’
5) KEROSAKAN ATAUPUN MASALAH SAMBUNGAN YANG LONGGAR
PENYELESAIAN
Ia bergantung kepada kerosakan, jika kerosakan tidak serius biasanya alternator masih boleh diselamatkan. Mekanik yang mahir akan membaikpulih alternator dengan menukar komponen tertentu yang rosak.
Namun, jika kerosakan adalah terlalu serius, alternator harus ditukar lain.
Di Malaysia ini, terdapat pelbagai pilihan berdasarkan bajet anda, boleh dapat yang baharu, recond mahupun di kedai potong
PILIHAN DI TANGAN ANDA
Semuanya akan bermula dengan beberapa tanda yang agak jelas. Contohnya lampu amaran pada papan pemuka yang menyala buat seketika, lampu besar yang menjadi malap ataupun meter-meter penunjuk menjadi tidak stabil. Malah kadangkala kita boleh terbau sesuatu dari bahagian dalam ruang enjin selain bunyi-bunyian yang tidak pernah ada sebelum ini.
Jangan bimbang kerana itu bukannya gangguan hantu atau jembalang tetapi lebih kepada tanda-tanda yang menunjukkan alternator anda menuju ke penghujung hayat.
Ia juga menyebabkan masalah seperti enjin sukar dihidupkan ataupun menyebabkan kereta anda mati semasa bergerak.
APA FUNGSI ALTERNATOR?
Walaupun alternator cumalah satu komponen ringkas yang hanya mempunyai beberapa bahagian, ia sebenarnya memainkan peranan yang kritikal dalam operasi kenderaan. Ia menjana tenaga elektrik untuk kereta hasil dari gerakan ataupun putaran komponen enjin kereta.
Wayar-wayar di dalam alternator akan bergerak menerusi medan magnetik seterusnya menarik arus elektrik. Arus elektrik inilah yang akan digunakan untuk menghidupkan semua aksesori kereta anda, baik untuk lampu utama, lampu brek, pendingin udara dan macam-macam lagi. Alternator juga memastikan bateri kereta dicas secukupnya untuk membantu menghidupkan enjin kereta.
Disebabkan alternator berhubung secara langsung dengan sistem kenderaan, sebarang masalah mekanikal lain akan menjejaskan fungsinya. Bila ia tidak berfungsi seperti sepatutnya, anda akan mengalami masalah sewaktu ujian diagnostik kereta dilakukan.
Lima tanda yang disebutkan ini diharapkan akan dapat membantu anda mengesan jika terdapat sebarang masalah pada alternator kereta.
1. PENUNJUK LAMPU AMARAN MENYALA
Anda seharusnya sentiasa memerhatikan lampu amaran pada papan pemuka kenderaan untuk mengesan sebarang masalah yang timbul. Terdapat pelbagai lampu penunjuk pada gugusan meter kereta anda khususnya untuk kereta-kereta moden.
Salah satu daripadanya akan menyala jika ia mengesan sesuatu masalah pada alternator kereta. Kebanyakan lampu amaran alternator ini berbentuk seperti bateri tetapi ada juga sesetengah model kereta memaparkan abjad seperti “ALT” atau “GEN”, bermaksud alternator ataupun generator.
BUKAN MASALAH BATERI!
Ramai yang silap menafsirkannya sebagai masalah pada bateri tetapi sebaliknya. Lampu ini sebenarnya dihubungkan dengan sistem sensor komputer dalaman kereta yang mengesan keluaran kuasa voltan dari alternator. Jika jumlah voltan yang dihasilkan berlebihan ataupun berkurangan, lampu tersebut akan menyala.
Kebanyakan alternator mempunyai keluaran voltan antara 13 hingga 14.5V dan sentiasa berada dalam lingkungan tersebut. Jika kuasa yang berlebihan diperlukan untuk kegunaan lampu utama, pengelap cermin ataupun radio, alternator terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk memenuhi keperluan voltan tersebut. Alternator yang bermasalah tidak akan berfungsi dengan baik dan perlu diperbaiki ataupun diganti lain.
2. LAMPU UTAMA YANG MALAP
Lampu menjadi malap juga merupakan salah satu petanda utama masalah alternator. Disebabkan alternator berfungsi menyumbangkan tenaga elektrik kepada kenderaan, sebarang masalah padanya akan mengurangkan potensinya.
Anda mungkin akan mendapati yang lampu kenderaan menjadi kurang terang ATAU terlebih terang. Begitu juga dengan aksesori-aksesori lain yang menggunakan tenaga elektrik seperti penyaman udara, meter-meter penunjuk dan tingkap kuasa.
3. VISUAL, BUNYI DAN BAU
Tiga simpton ini digabungkan bersama kerana ia berkait dengan deria kita sendiri. Ia agak kurang tepat berbanding lampu amaran tadi tetapi ia juga berdasarkan pengalaman kita sendiri sebagai pemandu.
Visual: Mekanik akan memeriksa alternator berdasarkan maklumbalas pemilik kenderaan tentang simptom sebelum ini. Bukan sesuatu yang aneh jika ada yang sampai tali sawat sudah putus pun masih tidak disedari pemilik.
Pemeriksaan secara visual juga bertujuan untuk mengesan tali sawat jika terdapat sebarang keretakan atau tali tersebut sudah haus. Tali sawat juga mesti mempunyai regangan yang sesuai, tidak terlalu tegang dan tidak terlalu longgar.
Bunyi: Kadang-kadang kita akan mendengar bunyi yang tidak biasa didengari dalam bahagian enjin sebelum alternator gagal berfungsi. Alternator biasanya digerakkan oleh tali sawat aksesori dengan bantuan pulley dan beberapa bushing untuk membolehkannya bergerak dengan lancar.
Ia juga mempunyai bebola galas sendiri untuk melancarkan putarannya. Kerosakan pada bebola galas ataupun syaf akan mengakibatkan ia menghasilkan bunyi geseran yang akan anda dengari sebelum alternator anda rosak sepenuhnya
Bau: Bau getah terbakar ataupun wayar yang terlalu panas merupakan dua perkara yang selalu terjadi bila alternator hampir rosak. Pulley yang sudah rosak akan menyebabkan tali sawat gagal bergerak lancar dan menjadi semakin panas sekaligus memanaskan tali sawat dan menghasilkan bauan getah terbakar.
4. BATERI MATI @ ‘KONG’
Mungkin ia bermakna bateri sudah tamat jangka hayat tetapi jika anda gagal menghidupkan kenderaan, anda juga mungkin menghadapi masalah pada alternator.
Jika sesudah anda memutar kunci anda cuma mendengar bunyi ‘klik’ dan gagal menghidupkan kenderaan ataupun tiada apa-apa bunyi selepas beberapa kali mencuba? Ia mungkin berpunca daripada bateri yang telah mati.
Persoalannya ialah kenapa ia boleh mati? Ini kerana sesebuah bateri yang dijaga dengan sempurna akan mempunyai ketahanan antara satu hingga dua tahun. (ye lah, bateri sekarang kualitinya bukan macam dulu)
Ini kerana bila alternator mengalami kerosakan, ia tidak akan mampu membekalkan arus elektrik secukupnya untuk mengecas bateri dan ini menyebabkan bateri kekurangan tenaga yang akan digunakan untuk menghidupkan enjin.
5. KEROSAKAN ATAUPUN MASALAH SAMBUNGAN YANG LONGGAR
Ia mungkin terjadi bila tiada kerosakan lain dikesan tetapi bateri anda kehilangan kuasa. Apa yang akan berlaku ialah, alternator menghasilkan tenaga elektrik tetapi ia tidak dapat disalurkan ke mana-mana bahagian kerana terdapat kerosakan ataupun masalah pada kabel-kabel penyambung. Ia juga mungkin mengakibatkan plastik penebat wayar menjadi hangus seterusnya menghasilkan bau terbakar.
Satu lagi kerosakan yang biasa terjadi ialah pada bahagian diod rectifier yang berfungsi menukar arus elektrik ulang alik (AC) kepada arus sehala (DC). Alternator biasanya menghasilkan AC tetapi aksesori kereta biasanya memerlukan DC. Rectifier berfungsi dengan menukar AC kepada DC.
PENYELESAIAN
Ia bergantung kepada kerosakan, jika kerosakan tidak serius biasanya alternator masih boleh diselamatkan. Mekanik yang mahir akan mampu membaikpulih alternator ana dengan menukar komponen tertentu yang rosak.
Namun, jika kerosakan adalah terlalu serius, alternator harus ditukar lain. Di Malaysia ni, terdapat pelbagai pilihan berdasarkan bajet anda, boleh mendapatkan alternator baharu, recond mahupun dari kedai potong.
Apapun jangan pandang remeh dengan masalah alternator.