Pengesan Cermin Kereta (Windscreen Sensor) adalah untuk tujuan mengesan Air dan Cahaya (UV).
Pengesan air (Rain Sensor) ini akan menghidupkan pengelap cermin kereta apabila air dikesan. Pengesan ini bertindak mengesan air tidak kira air dari sungai ke dari botol air mineral. Pengesan ini akan bertindak secara automatik untuk menghidupkan pengelap cermin kereta. Pengesan ini akan sentiasa berfungsi apabila anda menghidupkan enjin.
Pengesan cahaya (Light Sensor) akan buka lampu besar kereta secara automatik apabila mengesan tiada cahaya (UV). Pengesan akan sentiasa berfungsi apabila anda menghidupkan enjin. Pengesan Cermin Kereta hanya boleh mengesan cahaya yang mengandungi Ultra-ungu (UV). Tujuan ini adalah untuk pengesan cermin kereta mengesan cahaya dari lampu tepi jalan dan cahaya dari matahari. Dengan ini telephone bimbit dan juga lampu sulung tidak boleh digunakan untuk uji pengesan cermin kereta. Hanya lampu sulung UV sahaja boleh menguji pengesan cermin kereta.
Camera Cermin Kereta
Camera cermin kereta juga dikenali sebagai pengesan imej cermin kereta. Camera cermin kereta adalah jauh lebih maju daripada pengesan cermin kereta.
Camera Sensor ini dipanggil Honda Sensing oleh Honda dan dipanggil Advanced Safety Assist (A.S.A) oleh Perodua.
Camera yang ada pada cermin kereta biasanya berbentuk tiga segi. Camera ini berfungsi mengesan jarak antara kereta depan dan kereta anda. Apabila kereta anda terlalu dekat dengan kereta di hadapan anda, pengesan camera ini akan bertindak secara automatik dengan menekan brek. Jika fungsi ini dihidupkan, anda akan mendengar bunyi amaran. Bunyi amaran ini adalah untuk mengejutkan pemandu yang tertidur semasa memandu atau pemandu yang guna telephone bimbit semasa memandu.
Perodua Advanced Safety Assist (A.S.A.)
Mazda Smart City Brake Support (SCBS)
Honda Sensing
Toyota Safety Sense