Insurans Am
Insurans Kebakaran
Polisi kebakaran asas memberikan perlindungan ke atas harta anda terhadap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran atau disambar kilat.
Pemilik Rumah/ Tuan Rumah
Polisi ini memberikan perlindungan kepada rumah anda dan kandungannya termasuk melindungi kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, sambaran kilat, letupan, banjir, paip pecah.
Semua Risiko
Polisi ini melindungi anda terhadap kerugian atau kerosakan kepada harta anda yang dilindungi disebabkan oleh kebakaran, kecurian atau apa-apa kemalangan atau kejadian malang lain.
Insurans Kelengkapan
Polisi ini melindungi kelengkapan anda termasuk aksesori/alatan standardnya terhadap kehilangan atau ganti rugi yang disebabkan oleh:
pelanggaran atau keterbalikan yang tidak disegajakan atau pelanggaran atau keterbalikan yang disebabkan oleh kerosakan mekanikal atau keadaan haus dan lusuh
kebakaran, letupan luar, nyalaan sendiri atau sambaran kilat
kejadian rompakan, pecah rumah atau kecurian
Insurans Kecurian
Polisi ini melindungi anda terhadap kejadian-kejadian berikut yang berlaku sepanjang tempoh insurans:
1. kehilangan harta anda yang diinsuranskan sewaktu disimpan di premis-premis tertentu oleh:
kecurian akibat daripada tindakan memasuki secara kekerasan dan ganas ke atas premis-premis tersebut atau dilakukan oleh mana-mana orang atau orang-orang secara tersembunyi ke atasnya
2. dalam hal Kediaman Persendirian dan/atau Rumah Pangsa sahaja, melalui tindakan mengambil atau membawa keluar secara salah dari premis dengan niat jahat
kerosakan premis disebabkan oleh kecurian atau cubaan mencuri yang perlu ditanggung oleh anda
Insurans Wang
Polisi ini melindungi kehilangan wang dalam bentuk tunai, wang kertas bank, mata wang kertas, cek, wang pos atau kiriman wang sewaktu disimpan di dalam premis atau sewaktu dalam perjalanan
Kemalangan Diri
Polisi ini memberikan perlindungan komprehensif 24 jam di seluruh dunia kepada Orang Diinsuranskan bagi kecederaan tubuh disebabkan oleh kejadian tidak disengajakan yang secara langsung dan bebas daripada sebarang sebab lain dalam tempoh dua belas bulan membawa kepada kematian, hilang upaya, perubatan dan perbelanjaan-perbelanjaan lain.
Insurans Hospital & Pembedahan
Polisi ini melindungi kos rawatan perubatan yang ditanggung apabila dimasukkan ke hospital disebabkan oleh kemalangan atau jatuh sakit.
Kargo Laut
Produk ini akan melindungi barang anda / perkara subjek yang insuranskan daripada kerosakan atau ganti rugi fizikal sewaktu diangkut dari satu tempat ke destinasi lain dengan pelbagai jenis kenderaan.
Semua Risiko Kontraktor (CAR)
Polisi ini melindungi kerja-kerja yang dilaksanakan selaras dengan kontrak, kerja-kerja sementara, bahan, loji pembinaan dan peralatan yang dibawa ke tapak projek termasuk liabiliti-liabiliti yang timbul daripada pelaksanaan kontrak tersebut. Umumnya, insurans CAR bertujuan untuk melindungi bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam yang sedang dalam pembinaan.
Pampasan Pekerja
Polisi ini menanggung rugi anda terhadap segala jumlah pampasan yang wajib dibayar oleh anda kepada mana-mana pekerja atas kecederaan diri yang dialami akibat kemalangan atau penyakit pekerjaan yang berlaku ditempat kerja dan sepanjang tempoh pekerjaan beliau dan sebagai tambahan kepada segala kos dan perbelanjaan yang ditanggung dengan persetujuan kami dalam mempertahankan apa-apa tuntutan bagi pampasan sedemikian di bawah:
Undang-undang Pampasan Pekerja atau penggantian undang-undang lain atau
Common Law
Liabiliti Awam
Polisi ini menanggung rugi anda terhadap segala jumlah pampasan yang wajib dibayar oleh anda berhubung dengan :
kecederaan anggota badan atau kesakitan mana-mana orang
kerugian atau kerosakan kepada harta benda