Apa Alat Ganti Kereta Yang Boleh Anda Beli Pada Kedai Potong Kereta dan Apa Alat Ganti Jangan Beli?

Apa itu kedai potong kereta (half cut)?
Kedai potong kereta adalah kedai jual alat ganti kenderaan yang terpakai. Kenderaan yang dijual alat ganti terpakai biasa terdiri dari kereta accident, kereta cukai jalan sudah luput, kereta yang dijual oleh pemilik kereta ke kedai potong kereta kerana sudah tak pakai lagi dan sebahagian besar adalah kereta-kereta dari luar negara yang tidak boleh dipakai lagi.

Apa sebab kebanyakan kereta potong adalah kereta-kereta dari luar negara? 1. kos baik pulih kenderaan kemalangan sangat mahal
2. cukai jalanraya yang tinggi untuk kereta lama
3. kereta yang ada masalah dengan undang-undang di negara tersebut

Siapa yang beli alat ganti terpakai?
Alat ganti kenderaan terpakai adalah untuk pemilik kenderaan yang:-
1. Alat ganti kenderaan yang sukar didapati

2. harga alat ganti kenderaan baru sangat tinggi
Pembezaan alat ganti terpakai dengan alat ganti kereta baru adalah 1:2.
Rujukan:- engine dan gearbox Myvi harga dalam 2000 ~ 3000 untuk alat ganti terpakai tetapi engine dan gearbox untuk alat ganti baru adalah sebanyak RM 8000.00. Beza 3 hinga 4 kali ganda.


Bukan semua alat ganti kereta terpakai boleh dipakai balik

Apa alat ganti kereta terpakai yang digalakkan beli dan tak digalakan beli?

Alat ganti kereta terpakai yang digalakkan beli adalah
1. Engine
2. Gearbox
3. Seat
4. Bahagian Badan Kereta:=
Lampu, bonet, pintu, sunroof, rim dan lain-lain.

Alat Ganti Kereta yang tidak digalakkan beli adalah:=
1. Tayar
2. Cermin Kereta Depan
3. Getah-getah Kereta
seperti getah pintu, getah cermin, engine mounting.