14 perkara yang boleh Rosak turbo anda!

Trend mengecilkan saiz enjin dengan penggunaan turbo semakin popular hari ini dikalangan pengeluar automotif. Walaubagaimanapun, ramai tidak menyedari penyelenggaraan dan tabiat pemanduan yang betul amat diperlukan bagi memastikan turbo anda mempunyai jangka hayat yang panjang.

Jika anda pengguna kenderaan berenjin turbo, JANGAN melakukan perkara-perkara ini kerana ia bakal menjahanamkan dan memendekkan jangka hayat turbo anda.

cold-oil-temps
1. Merangsang (boost) ketika suhu minyak sejuk

Perkara yang paling teruk anda boleh lakukan untuk turbo adalah merangsang (boost) enjin sebelum suhu minyak panas. Jika kereta anda tidak mempunyai tolok suhu minyak, sebaik biasanya ambillah masa lima hingga sepuluh minit, tetapi ia bergantung kepada jenis minyak dan keadaan alam sekitar.

waiting-too-long-between-oil-changes

2. Tidak menukar minyak enjin dalam tempoh yang terlalu lama

Enjin turbo memerlukan minyak yang bersih dan baik untuk pelinciran maksimum. Jika minyak anda tidak diganti dalam tempoh yang lama, ia tidak akan menerima pelinciran yang sewajarnya.

cheap-oil-changes

3. Penggunaan minyak bukan sintetik yang murah

Jangan sekali-kali menggunakan minyak yang murah. Minyak sintetik adalah lebih nipis, tahan suhu yang melampau dan biasanya tahan lebih lama.

shutting-off-after-driving-hard

4. Terus mematikan enjin selepas ‘melenjan’ kereta

Kami tahu enjin turbo kereta anda ada power! Tetapi untuk memanjangkan hayatnya anda perlu memperlahankan kelajuan kereta atau membiarkannya dalam keadaan tidak bergerak (idle) untuk sekurang-kurangnya 60 saat. Dengan cara ini, peredaran minyak akan berterusan dan menyejukkan turbo. Salah satu sebab utama turbo anda akan mati adalah kerana minyak “coking”. Minyak yang melincirkan turbo anda boleh menjadi panas dan membentuk mendapan pepejal minyak. Kalau dalam perlumbaan perkara inilah yang paling penting!

having-boost-leaks

5. Tidak memeriksa kebocoran rangsangan (boost)

Kebocoran rangsangan (boost) boleh menyebabkan turbo anda terlebih putaran (overspin), yang boleh mengakibatkan kegagalannya.

pcv-system-failures

6. Mengalami kegagalan sistem PCV

Pada kebanyakkan enjin, sistem PCV berkait secara langsung melalui diafragma ke pancarongga pengambilan (intake manifold). Jika ia gagal, sistem PCV rangsangan (boost) akan mengalami kebocoran yang besar serta mengakibatkan pengecas turbo terlebih putaran (overspin).

too-much-boost

7. Terlalu kerap melakukan rangsangan (boost)

Jangan asyik nak melenjan je! Tekanan rangsangan (boost) yang berlebihan boleh memberatkan, merosakkan lonjakan atau lebihan putaran (overspin) pengecas turbo pada puncak akhir takat RPM.

non-functioning-diverter-valve

8. Mengalami kegagalan injap pengalihan (diverter)

Apabila injap pengalihan (diverter) anda mengalami kegagalan, ia menyebabkan tekanan bertambah semasa penukaran gear yang akan memberatkan sistem turbo anda.

tuned-by-amatuer

9. Kereta yang ditala oleh amatur

Membina kereta prestasi adalah hobi yang sangat mahal. Anda boleh memotong sudut pada bahagian binaan tertentu namun turbo bukanlah tempatnya! Sesetengah turbo keluaran kilang boleh bertolak ansur jika dipaksa dengan keras, tetapi bagi yang lain ia mungkin tidak. Jadi, anda perlu seseorang yang pakar untuk melakukannya.

low-priced-turbo
10. Membeli replika turbo yang murah

Jangan beli barang cap ayam! Ada beberapa faktor yang menyebabkan harga menjadi lebih murah. Antaranya ialah penggunaan bahan yang tidak berkualiti, pemasangan yang tidak sempurna dan keseimbangan. Ini adalah faktor yang membuatkan sesuatu komponen itu tahan lebih lama.

revving-car-at-startup

11. Menaikkan kelajuan enjin (rev) kereta serta-merta pada permulaan

Pelinciran adalah penting bagi pengecas turbo (turbocharger) dan bahagian enjin yang lain (seperti omboh). Komponen-komponen ini perlu bersedia terlebih dahulu sebelum anda menaikkan kelajuan enjin (rev) kereta.

cooling-system-not-functioning-properly

12. Sistem penyejukan yang kurang berfungsi

Sistem penyejuk mestilah berfungsi dengan betul. Jika ada, ia perlu dilengkapi dengan pam yang membantu mengekalkan suhu yang munasabah kepada turbo (CHRA) selepas enjin dimatikan.

improper-feed-lines-and-drain-lines

13. Penyambungan saluran minyak dan garisan saliran yang tidak betul
Perkara ini sering diabaikan apabila menyambung kit turbo anda sendiri. Hanya pengeluar OEM sahaja yang melakukannya dengan betul. Sekatan saiz garisan dan laluan adalah dua punca utama kegagalan terutama sekali kepada saluran minyak turbo dan penyejuk.

CO3A9827

14. Tidak melakukan penyebuan (priming) turbo baharu selepas pemasangan

Anda perlu melakukan penyebuan (priming) turbo baharu selepas menggantikannya. Ini bertujan untuk memastikan bahawa turbo baharu anda tidak kering sejak dari awal.