“Macam mana nak pilih car seat untuk anak kecil ni..?”
Sejak kerajaan bakal mewajibkan car seat untuk anak, para ibu bapa sudah mula ‘survey’ car seat untuk anak-anak. Ibu bapa pasti membuat research sebelum betul-betul membuat keputusan untuk membeli. Jadi, ini tips untuk ibu bapa memilih car seat yang sesuai untuk anak.
TIPS PILIH CARSEAT.
Korang tahu tak tahun 2020 kerajaan nak MEWAJIBKAN carseat untuk kanak-kanak? Sebenarnya perkara ni daripada tahun 2015 lagi. Plan nak laksanakan pada tahun 2019. Oleh sebab kesedaran masih kurang, ditangguh ke 2020. Soal keselamatan anak sepatutnya ibu bapa perlu ambil perhatian. Dah banyak berlaku kecederaan tersembam dalam kereta dan kematian akibat anak tercampak keluar daripada kereta. Ambil lah iktibar. Anak bawah 13kg, rear facing. Anak atas 13kg, foward facing. Ingat tau.
APA TIPS UNTUK PILIH CARSEAT NI?
1. KEMAMPUAN.
Sediakan dulu modal. CRS ni ada pelbagai harga. Jangan terkejut kalau jumpa harga sebulan gaji korang. Tapi jangan risau, ada je yang mampu milik. Asalkan jangan sayang duit untuk beli.
2. KERETA JENIS APA?
Tengok bahagian penumpang belakang, kebiasaannya kereta baru dia ada tulis Isofix. Isofix ni adalah untuk penambat Isofix conector dariapda carseat. Isofix ni datangnya dengan top theter dan kereta tu mesti ada penyangkut bahagian belakang. Kalau kereta keluaran lama, memang tak ada dua-dua ni..
3. NAK PAKAI CARSEAT NI BERAPA TAHUN?
0-18kg , 0-25kg, 0-36kg. Nak tengok berapa lama anak boleh duduk dalam tu, ukur berat dan tinggi sekarang. Semak dalam Child Growth Chart (boleh google) atau tengok buku kesihatan dia then tanya nurse dekat KK. Dekat situ boleh estimate carseat ni korang boleh guna sampai umur anak berapa tahun.
4. PASTIKAN CRS TU ADA SIJIL AKA SURAT BERANAK.
Bila korang pilih nanti, korang akan nampak sticker ECE bla bla kat tepi or bawah warna oren. Sticker tu tak melambangkan ia ori pun sebab boleh cetak sendiri. Benda ni penting untuk pastikan tak fake dan dah lalui car crash test.
5. CARSEAT BUDGET OR HIGH END?
Korang jangan jadikan alasan tak mampu beli, sebab ini soal keselamatan anak-anak. Pilihan banyak. Kalau budget tak besar, korang boleh try survey Koopers (offer 4years waranty & 1 to 1 exchange if accident. Model tertentu je tau ) , Otomo dan Snskidz. Kalau budget korang besar, boleh survey Chicco, Graco, Nado, Cosatto, Joie. Setiap brand, ada banyak model. Luar sana banyak brand, ni antara brand yang wife aku research. Aku just terima report dari dia jer. kah kah. Busy oi..
6. NAK BELI, BAWAK ANAK SEKALI.
Jangan beli ikut suka je, test anak duduk dalam tu dulu. Ada setengah design seat tak sesuai dengan anak.
7. NEW BORN?
Secara personal, aku lebih suggest infant carrier. Sebab most asian baby sizenya kecil. Walaupun CRS tu tulis boleh duduk daripada 0, tapi agak tak selesa dia baring if size nya kecil. Lagipun infant carrier ni mudah nak bawak baby keluar masuk. Lagi satu Jangan guna apa-apa padding tambahan lain. Jika korang rasa CRS tu perlu tambah padding untuk nampak anak lebih selesa, maksudnya CRS tu tak sesuai untuk anak. Padding CRS yang sedia ada dah mencukupi..
8. ANAK DAH 6 TAHUN KENA PAKAI LAGI KE?
Yes. Kena pakai lagi. Tapi bukan CRS biasa tu. Boleh pakai Booster. Booster ni sesuai untuk 18kg keatas dengan umur min 5 tahun. Itu pun kalau dia dah boleh duk diam, kalau masih lasak dalam kereta teruskan je pakai CRS sedia ada sampai berat dan umurnya cukup.
9. KERETA LAMA TAK ADA ISOFIX, MACAM MANA?
Pilih CRS yang tak guna Isofix. Hanya guna tali pinggang keledar biasa.
10. MACAM MANA NAK BELI?
Pergi je ke kedai or baby expo, bagitau dia kereta korang jenis apa. Bagitau pada dorang.
Ada isofix ke tak. Korang nak guna sampai berapa KG. Cuba letak anak, tengok selesa atau tak. Rasa tak puas hati, nak puaskan hati dulu? Mintak jurujual test pasang dalam kereta. Kalau dah setuju, nanti biasanya orang kedai akan tolong pasangkan.
Harap korang suami isteri dapat sesuatu daripada aku tulis. Moga bermanfaat. Bagi ada anak ramai, mungkin ada sedikit kesukaran dekat sini. Sama ada tak muat kereta atau tidak mampu untuk beli kesemua anak. Aku doakan anda sentiasa dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki.
*nota ini secara ringkas dan gambaran awal. Masih banyak penjelasan tak diterangkan secara detail dan teknikal. Sangat digalakkan research dahulu sebelum beli.
Sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel