Tahukah anda ?
Tuntutan cermin kereta bukan hanya boleh tuntut cermin hadapan. Pelindungan insuran cermin juga meliputi cermin depan pintu, belakang pintu, cermin tiga segi, cermin mudguard dan juga cermin belakang.
Cermin bumbung (Sunroof) retak boleh buat tuntutan insurance cermin tak?
Boleh, Cermin bumbung boleh buat tuntutan jikalau kereta tersebut asalnya ada sunroof. Seperti Toyota Vellfire, Toyota Estima dan lain-lain.
Bagaiman dengan Cermin Canopy pula?
Cermin canopy dianggap sebagai aksesori iaitu part tambahan, Insuran tidak akan memberikan pampasan kepada barang aksesori. Sama seperti sunroof, asal ada insuran akan bayar, asal kereta ini tiada insuran tidak akan bayar.
Bagaiman dengan cermin pandang belakang (Side Mirror)?
Cermin pandang belakang, atau lebih dikenali side mirror glass bukan dalam categori cermin kereta, justeru itu syarikat insurans tidak akan bayar tuntutan tersebut.
Side mirror adalah mirror bukannya cermin kereta.
Petikan asal dari https://www.cerminkereta.my/2018/01/insuran-cermin-kereta-cover-depan-sahaja.html