Punca-punca Menyebabkan Kebocoran Air Pada Kereta Anda

Kebocoran air bukan sahaja menyebabkan mengeluarkan bau busuk malah kebocoran dan juga boleh menyebabkan komponen-komponen electronik terbakar.
Punca-punca menyebabkan kebocoran air pada kereta adalah disebabkan

1. Badan Kereta Karat

Bahagian Badan kereta yang Berkarat akan menyebabkan berlubang dan kebocoran. Proses dan masa yang diambil untuk badan kereta yang karat berlubang adalah sangat lama.

Bahagian yang biasa berkarat adalah seperti berikut
*Bahagian cover pengelap cermin kereta
*Bahagian body kereta yang dipasang dengan cermin kereta.
*Bahagian bumbung atas yang dipasang dengan getah.
*Bahagian bawah tapak kaki.

Kemasukan air seperti berikut biasa adalah kerana kereta tersebut sudah berusia atau kereta tersebut pernah mengalami kemalangan yang serius.


2. Cermin kereta

Pemasangan cermin kereta yang tidak professional, cara pemasangan yang tak betul, bubur gam yang tak rata yang lain-lain.
Cermin kereta yang dipasang pada kereta tersebut tidak mengunakan Primer. Primer adalah satu bahan kimia yang boleh mengekal besi daripada berkarat dan juga menguatkan sika yang lekat pada badan cermin tersebut.


3. Gam yang lekat pada body terbuka atau terhakis

Ini biasa terjadi apabila kereta anda tukar warna cat kereta, atau kereta berwarna hitam, atau kereta sudah berusia.

Tukar warna cat kereta mengunakan thinner yang banyak untuk proses mencucikan cat lama.
Kereta berwarna hitam adalah kereta terpanas daripada kereta biasa, itu mempercepatkan sika yang ada dekat badan kereta hakis dengan pantas.


4. Saluran Aircond, Saluran Air Keluar.

Saluran Aircond tersumbat dengan daun-daun dan dahan-dahan pokok.
Saluran air untuk mengeluarkan air hujan tersumbat.


5. Sealant Lampu

Sealant lampu yang dipasangkan tidak ditutup rapat.


6. Getah Radio Anthena, Getah Penyelap Cermin Kereta
Getah yang ada pada radio anthena atau penyelap cermin kereta yang reput boleh menyebabkan kemasukan air. Getah yang rosak senang sahaja untuk mengenal-pasti. Anda cuma perlu tuangkan air pada getah radio anthena atau getah penyelap cermin kereta.

Getah Pengelap Cermin


Getah radio antena yang sudah reput.


7. Getah Cermin Pintu


Getah Cermin Pintu yang Rosak disebabkan objek yang tajam juga boleh menyebabkan kemasukan air ke dalam kereta tersebut.
Getah Cermin Pintu yang sudah tak fleksibel juga akan menyebabkan kemasukan air ke dalam kereta.

8. Plastik Putih Pintu

Punca masuk air dari pintu semasa hujan lebat adalah disebabkan gam plastik putih tidak melekat.

Perhatikan gambar kedua kesan air (watermark) pada plastik putih itu, itu adalah punca air masuk.

Masalah biasanya berlaku selepas tukar pembesar suara kereta atau tukar cermin pintu kereta.
Lepas tukar pembesara suara atau cermin kereta, plastik putih tidak lekat dengan betul.
Masalah masuk air ini biasanya terjadi pada model Kereta Proton Persona lama.

9. Bonet Belakang Bumper

Masalah bonet belakang masuk air kerap belaku pada model kereta Honda City TMO (2019-2013).
Masalah ini adalah kerana getah saluran air pada bonet belakang rempuh.
Masalah tersebut biasanya berlaku selepas kemalangan kereta akibat kena langgar, tukar cat, atau kereta sudah berusia.