Posted on January 3, 2018 by Ekzosmy
Oleh ZAIM ZAINAL
Kredit: autoanything .com
Apa yang anda tahu tentang ekzos? Ekzos yang hendak diceritakan hari Ini bukan tentang portal Ekzos.my ini tetapi untuk mengenal pasti bahagian-bahagian ekzos pada kenderaan anda.
Ekzos, adalah satu saluran bagi mengeluarkan tindak balas pembakaran gas dalam sesuatu ruang pembakaran seperti enjin. Jom, hari ini kita akan mengenali sistem ekzos lebih lanjut.
EXHAUST MANIFOLD ( HEADER / EXTRACTOR )
Kredit: amazon. com
Ini adalah bahagian paling pertama dalam sistem ekzos yang mengawal pengeluaran gas pembakaran di dalam ruang enjin, yang biasanya terletak di bahagian “head” enjin. Terdapat pelbagai jenis “header” ada yang 4-1 ada yang 4-2-1 dan sebagainya. Apa itu 4-1 , 4-2-1 ?
Kredit: amazon .com
Tentu anda tertanyakan. Sebenarnya turutan angka tersebut adalah untuk bilangan lubang ekzos dari enjin “head”, kebiasaanya bergantung pada jumlah ruang pembakaran untuk sesebuah enjin. Untuk pemilihan yang mana jenis “header” yang sesuai mungkin kita bincang pada artikel seterusnya.
CATALYTIC CONVERTER (Tabung sarang tabuan..kata orang)
Kredit: gob. com
Tentu ada yang bertanya, apakah barang yang disebutkan ini. “CATALYTIC CONVERTER” atau bahasa perbualan tabung sarang tabuan, sebab katanya didalam tabung ini ada macam bentuk rumah sarang tabuan, OK jadi apa fungsinya ? Fungsinya adalah untuk menapis dan mengurangkan jumlah gas beracun ke ruang udara serta membantu mengurangkan jumlah bunyi yang dihasilkan oleh sesebuah enjin. Untuk kereta berprestasi tinggi juga terdapat jenis “HIGH FLOW CATALYTIC CONVERTER” diguna pakai tanpa mengurangkan prestasi enjin.
FLEXIBLE HOSE ( NENAS kata orang kita )
Kredit: carbuilder. com
Kenapa ada nenas pula dalam sistem ekzos? Sebenarnya nenas yang dipanggil ini adalah “FLEXIBLE HOSE” dimana satu saluran paip yang dimana ia menggunakan tenunan dawai besi halus berbentuk nenas untuk mengurangkan gegaran pada bahagian paip ekzos. Ada juga pengeluar tidak menggunakan “FLEXIBLE HOSE” tetapi mengantikan dengan “FLANGE” serta diikat dengan bolt dan nut yang ada gegelung “spring”, tetapi pengunaan “FLANGE” ini membuatkan kos untuk sesebuah sistem ekzos itu mahal dan tinggi. Kalau tiada salah satu ini maka cepat la ekzos anda retak.
Kredit: amazon. com
MUFFLER / PERENDAM BUNYI ( Tabung ekzos )
Kredit: apexi usa
Nama dia pun dah perendam bunyi, maka tugas dia mesti untuk mengurangkan bunyi-bunyi yang dihasilkan dalam sesebuah enjin. Kalau tak guna ni mahu bunyi macam kereta perang nanti,ada pulak yang kena baling batu-bata pula. Berjenaka sekejap, jangan marah ya. Tugas “MUFFLER” ini adalah untuk mengurangkan bunyi hasil dari ruang pembakaran enjin serta ia juga mampu membuatkan pelbagai bunyi deruman enjin, dimana semuanya bergantung pada jenis ruang salurab binaan dalaman serta ketebalan penebat bunyi. Ada orang suka bunyi garang, ada org suka bunyi sesedap bunyi tapi tidak terlalu bising, semuanya bergantung pada pilihan jenis “MUFFLER”.
Jadi ini adalah sedikit sebanyak penerangan tentang sistem ekzos, ada masa nanti kita akan karang artikel tentang ekzos jenis prestasi tinggi “PERFORMANCE EXHAUST” pula. -Ekzos.my-