Cara Sebenar Nak Tahu Tayar Kereta Korang Dah ‘Botak’ Atau Belum

Tayar Botak

Tidak kiralah anda lelaki mahupun wanita, sangat penting untuk tahu cara nak kenali tayar kereta yang sudah botak. Ini kerana, tayar merupakan elemen yang sangat penting untuk dijaga demi keselamatan anda di jalan raya.

Tayar yang tidak ditukar bertahun lamanya boleh mengundang risiko bahaya seperti tayar meletup, kemalangan dan sebagainya. Jadi, bagi anda yang masih tak tahu nak bezakan tayar yang dah botak atau masih boleh digunakan lagi boleh ikuti tip perkongsian ini.

Tayar botak bukan disebabkan tak ada ‘bunga’



Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin tak ada bunga macam kepala orang yang botak licin tak ada rambut.

Salah sebenarnya…

Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.

Apa maksud tayar botak?

Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang itu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ini, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.

Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda itu

Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.

Jalur Tengah Sama Tinggi dengan Penanda Botak



Tayar botak. Jalur tengah itu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.

Setiap Tayar Penandanya Tak Sama



Tayar botak. Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ini guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.

Tayar Masih Belum Rosak



Gambar tayar di atas masih belum botak lagi, mungkin 30% (jalur tak sama tinggi lagi dengan penanda) Tak lama dah ini anda kena tukar.

Tayar Hampir Botak



Tayar ini hampir botak. Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ini haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul. Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.

Tayar Masih Baru




Tayar baharu. Begitu dalam sekali penanda botak itu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ini.

Sumber: Kick.my