Apa Tujuan Coating Kereta


Apa tujuan sebenar coating kereta? Atau hanya terikut ikut trend masa kini?

Tujuan utama coating adalah untuk membantu menambah perlindungan cat kereta dengan cara menambah kekerasan, menambah perlindungan UV, menambah kekuatan dari hakisan garam, memudahkan proses pembersihan dan mengekalkan kilat kereta.

Coating terbahagi kepada 2 jenis gred iaitu Glass Coating atau Ceramic Coating. Tak kiralah yang mana satu ia tetap akan memberikan pulangan seperti tujuan utama coating di atas.

Namun perbezaannya terletak pada ketulenan, kualiti, ketahanan, kekerasan dan keselamatan penggunaannya ke atas cat kereta.

Glass coating adalah teknologi lama yang di cipta dan telah di tambah baik dengan teknologi Nano Ceramic Coating yang lebih baik dan lebih tahan lasak.

Tidak dinafikan, di pasaran kini terdapat coating yang terlalu murahan yang sebenarnya boleh diragui ketulenan ceramic coating yang di war warkan, ketahanan dan yang paling penting ialah tahap keselamatan ke atas cat kereta.

Apa kereta perlu buat coating?
*Biasanya kereta yang baru beli
*Kereta yang baru buat cat

Kerana tujuan utama coating adalah perlindungan untuk cat kereta. Kedua tujuan adalah untuk menambah kekilatan cat anda.
Kalau cat pudar dan berbintik-bintik anda boleh buat coating tetapi wang yang diberikan tidak berbaloi.

Tujuan coating adalah satu lapisan perlindungan pada kekotoran, oksida dan calar halus. Coating tidak boleh melindungi calar dalam dan calar teruk.
Calar dalam dan calar teruk biasanya adalah disebabkan kemalangan, dan kelakuan yang sengaja.

Berapa Kos untuk coating kereta?
Dulu coating kereta dalam lingkungan RM 3000.00.
Sekarang coating satu kereta harga dalam lingkungan RM 800 hinggalah RM 1200.
Harga coating dalam purata dalam RM 1000 sahaja.