Tukar hak milik kereta tanpa melalui used car dealer adalah senang dan juga bermasalah dan berisiko.
Langkah-langkah tukar hak milik kereta antara penjual kereta dan pembeli kereta adalah seperti berikut:-
Langkah Pertama : Booking Puspakom
Booking appointment dengan Puspakom, dan tentukan masa untuk ke sana.
Buat inspection Puspakom.
Langkah Kedua : Langsai Hutang Bank
Langsaikan hutang bank kereta tersebut (jika ada), dan tandatangani surat penjanjian.
Kalau pembeli langsaikan hutang bank dan baki (jika ada), kereta tersebut haruslah diberikan kepada pembeli.
Penjanjian settle-kan bank loan haruslah dibincang sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta tersebut.
Pembeli haruslah pergi ke bank sama-sama jika penjanjian bayar hutang kereta tersebut dibuat oleh pembeli.
Langkah Ketiga : Beli Insurans Kereta
Beli Insurans Kereta. Pembeli haruslah memberitahu agen atas pembelian kereta tersebut kerana insurans kereta untuk kereta tukar hak milik adalah berlainan.
Langkah keempat : Pergi JPJ Tukar Cermin Kereta
4. Pergi JPJ untuk potong nama.(Thumb Scan). Pembeli dan penjual haruslah bawa Kad Pengenalan (IC) masing-masing.
Apa Masalah dan Risiko Tukar Hak Milik antara Penjual dan Pembeli?
Deposit
Penjual kereta minta deposit yang melampau biasanya pembeli hanya perlu bayar urusan booking dalam lingkunganRM 100 ~ RM 300 sudah cukup.
Tujuan booking adalah mengelakkan pembeli mungkir janji dan enggan membeli selepas penjual buat inspection Puspakom.
Hutang Bank
Penjual / Pembeli perlu langsaikan hutang bank sebelum kereta tersebut sebelum boleh tukar hak milik.
Pembeli / Penjual enggan langsaikan hutang bank kereta tersebut terlebih dahulu.
Pembeli mungkir janji dan enggan membeli kereta tersebut selepas penjual langsaikan hutang bank.
Penjual enggan atau bertangguh-tangguh nak pergi JPJ untuk tukar hak milik selepas pembeli langsaikan hutang bank.
Puspakom
Walau bagaimanapun, inspection Puspakom harus dibuat terlebih dahulu, untuk mengelakkan masalah kereta potong-sambung dan lain-lain isu yang boleh menyebabkan kereta disenaraikan dalam senarai hitam.
Apa itu senarai hitam dalam Puspakom?
Kalau kereta disenarai hitam oleh Puspakom, kereta tersebut tidak boleh tukar hak milik
Sebab-sebab disenarai hitam oleh Puspakom adalah seperti berikut
- Kereta Potong-Sambung
- Kereta Chasis Nombor Palsu
- Kereta Curi
- Chasis Nombor yang ada pada Kereta Terkarat