Inspection Puspakom Perkara-perkara yang perlu memberi perhatian.

Panduan untuk membuat inspection Puspakom untuk menukar hak milik kenderaan (dari Syarikat ke nama individu atau dari individu ke individu).
Dokumen yang diperlukan untuk membuat temujanji & membuat pemeriksaan Puspakom

Pemeriksaan B5 dan B7
1. Geran Pendaftaran Kereta (Geran Asal, Photocopy tidak Diterima)
2. Surat kebenaran (jika Kereta syarikat)
3. Slip temujanji

Pemeriksaan B2 Tukar Engine Kereta (Arahan JPJ dan Khas B2)
1. Geran Pendaftaran Kereta (Geran Asal, Photocopy tidak Diterima)
2. Surat kastam
3. Resit dari workshop
4. Slip temujanji

Apa itu B2, B5, B7?
B2 adalah pemeriksaan tukar engine kereta,
B5 adalah pemeriksaan tukar hak milik (B5) dan
B7 adalah pemeriksaan sewa beli. Kereta Sewa beli adalah bermaksud kereta hutang bank.

Berapa caj yang dikenakan oleh Puspakom? ( Senarai Dikemaskini hingga Oct 2020 )
Untuk pemeriksaan B2, caj yang dikenakan adalah RM 60
Untuk pemeriksaan B5, caj yang dikenakan adalah RM 60
Dan untuk pemeriksaan B7, caj yang dikenakan adalah RM 30


Apa yang pihak Puspakom inspection?
Apa yang anda harus memberi perhatian?

Pemeriksaan Puspakom untuk B2 dan B5
  • Lampu Besar dan Lampu Kecil haruslah berfungsi.
  • Lampu signal depan dan belakang haruslah berfungsi.
  • Lampu brek belakang haruslah berfungsi.
  • Lampu brek ketiga (jika ada) haruslah berfungsi.
  • Nombor plat kereta megikut garis panduan spesifikasi JPJ.
  • Keadaan Cermin Kereta, panjang retak tidak boleh melebihi 6 inci.
  • Cermin gelap untuk Depan (tint film) tidak boleh melebihi 30% kegelapan.
  • Cermin Depan Pintu KIRI dan KANAN tidak boleh melebihi 50% kegelapan.

Pemeriksaan Puspakom untuk B7
B7 adalah pemeriksaan yang terbanyak.
  • Lampu signal depan dan belakang haruslah berfungsi.
  • Lampu brek belakang haruslah berfungsi.
  • Lampu brek ketiga (jika ada) haruslah berfungsi.
  • Nombor plat kereta megikut garis panduan spesifikasi JPJ.
  • Keadaan Cermin Kereta, panjang retak tidak boleh melebihi 6 inci.
  • Cermin gelap untuk Depan (tint film) tidak boleh melebihi 30% kegelapan.
  • Cermin Depan Pintu KIRI dan KANAN tidak boleh melebihi 50% kegelapan.
  • Tayar dan brek (Pemeriksaan hanya pada B7)
  • Suspensi (Pemeriksaan hanya pada B7)







Untuk keterangan maklumat lanjut:-



Boleh Live Chat dekat Website Puspakom