Polish Cermin Kereta yang Calar?
Cermin kereta yang calar bukan teruk boleh digosok.
Kenapa cermin kereta yang calar teruk tidak boleh digosok ( Polish )?
Sebab permukaan yang licin ada pada cermin kereta akan hilang, ia akan menyebabkan blur dan silau apabila cahaya terkena pada permukaan calar tersebut.
Macam mana mengenal-pasti calar teruk ke tidak?
Apabila letak kuku di atas bahagian cermin kereta yang calar, kalau terasa maknanya ia adalah calar teruk.
Kalau kuku tak terasa apa-apa itu calar yang boleh digosok.
Apa sebab cermin kereta calar?
Permukaan cermin yang banyak pasir tidak dibersihkan sebelum mengunakan wiper. Ini menjadikan wiper sebagai kertas pasir gosak dari atas kebawah, lama-kelamaan cermin tersebut akan calar teruk.
Cara Mengatasi Masalah Tersebut adalah:-
Apabila hujan anda perlu tunggu 1 ~ 2 minit untuk air hujan membersihkan permukaan cermin yang terlekat dengan pasir. (serupa kertas pasir)
Wiper yang rosak juga menyebabkan cermin calar. Kerana plastic atau besi yang ada pada wiper akan calar cermin kereta anda.
Bahagian wiper yang mencalarkan cermin kereta
Kenapa cermin yang calar teruk tidak boleh digosok (Polish)?
Kerana cermin yang calar teruk kalau digosok lapisan lutsinar yang ada pada permukaan cermin kereta akan hilang. Lapisan lutsinar ada pada cermin kereta hilang akan menyebabkan susah memandu apabila gelap.