Cara nak dapatkan Geran Kereta yang hilang atau dalam Bank.



Macam mana nak dapat Geran Kereta yang Asal?
Kalau Geran kereta hilang atau jauh nak pergi bank tersebut,
Cara mudah adalah pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk mendapatkan Geran Kereta (Asal) yang Baru.
Bayaran hanya RM 50 untuk kereta motosikal pula RM 20 sahaja.

Kalau Geran kereta ada dekat bank? dan tak nak pergi ke JPJ dan membazirkan wang.
Anda boleh pergi ke bank tersebut selepas buat bayaran hutang pertama kali.
Biasanya selepas sign agreement hutang kenderaan, syarikat pemberi hutang akan bagi kita salinan geran je. Jadi, ramai orang musykil macam mana nak ambil geran original selepas membeli kereta, motorsikal atau kenderaan-kenderaan ber'geran' lain.

Sebenarnya prosesnya mudah sahaja.
Geran boleh ambil di bank atau syarikat pemberi pinjaman hutang (contoh: Aeon Credit Service). Geran original hanya boleh diambil sebulan selepas tarikh kita membeli kereta/membuat pinjaman.

Proses mengambil geran original:

1. Isi borang dan tunjuk IC kepada pegawai bertugas.
2. Pegawai bertugas akan dapatkan geran kita.
3. Scan Jari, Selesai.

Kenapa kami perlu geran asal dan bukan photocopy?
Untuk tujuan Puspakom dan lain-lain.

Bagaimana pula saya perlu geran photocopy sahaja?
1. Kalau nak dapatkan geran kereta photocopy anda cuma perlu buat panggilan ke bank yang kenderaan tersebut hutang
2. Buat pengesahan,
Biasanya pengesahan senang sahaja, pegawai bertugas akan minta nombor ic dan alamat
3. Berikan E-mail kepada pegawai bertugas, geran photocopy akan dapat dalam masa 1jam. (itu pun nak tengok pegawai bertugas cepat ke lambat)
4. Selesai

Apa kegunaan geran photocopy?
Photocopy geran biasa kegunaan adalah buat tuntutan insurans, seperti tuntutan cermin kereta, tuntutan kemalangan dan lain-lain.