Perasaan kecewa apabila menemui kereta yang kita tinggalkan di tempat letak kereta telah dilanggar oleh kenderaan lain memang tidak boleh digambarkan. Lebih menyakitkan hati adalah apabila orang yang langgar kereta kita itu langsung tidak bertanggungjawab.
Melanggar kereta orang tanpa sengaja bukanlah satu jenayah kerana sesiapa pun boleh terlibat dalam kemalangan itu. Namun apa yang menjadikannya satu jenayah adalah apabila pemandu melarikan diri selepas langgar kereta orang lain tanpa bertanggungjawab.
Namun lain yang dapat dilihat dalam sebuah perkongsian video ini di mana kereta seorang wanita telah dilanggar ketika dia membeli barang di pasaraya.
Sebaik keluar dari pasaraya, wanita tersebut menemui sekeping nota bersama dua coklat Hershey’s diletakkan di cermin hadapan keretanya.
Nota itu bertulis, “Maaf atas kerosakkan pada kereta kau, aku tidak mampu untuk membayar ganti rugi tapi ambillah coklat ni.…”
Menyangka bahawa kerosakkan pada keretanya tidak begitu serius kerana dibayar dengan coklat, wanita itu terkejut melihat keadaan keretanya yang kemek teruk di bahagian sisi.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen turut dapat merasakan apa yang dirasai wanita itu disamping terhibur dengan tindakan individu yang melanggar kereta tersebut kerana langsung tidak membantu.
“Sekurang-kurangnya dia cakap sorry…”
“Patut tinggalkan maggi dengan kertas pasir…”
“Aku akan menangis sambil makan coklat tu…”
Jangan ketinggalan untuk ikuti perkongsian-perkongsian di bawah ini.